Study Pengajian Jarak Jauh (e-PJJ) UiTM



Assalamualaikum hai korang,

Harini aku nak bercerita pengalaman belajar pjj student di UiTM, alhamdulillah aku da tamat pengajian. Untuk sape-sape yang bercadang untuk sambung pengajian secara e-pjj ni yang tak tau boleh la amik input dan kalau tak paham boleh komen kat blog ni. In shaa Allah aku cuba jawab dan tolong sebaik mungkin since sekarang da aktif balik blog.

Ape program e-PJJ ni? Program e-PJJ adalah program pengajian separuh masa untuk belajar. Maknanya korang boleh bekerja sambil belajar. yes 2 dalam 1. Aku dapat tau pun pasal study pjj ni masa aku belek surat khabar kat ofis, haha, ingat lagi. Sekali aku tengok macam menarik, tanya parent, parent kata go on je, as long aku boleh urus masa. Sebab dalam masa yang sama juga aku ditakdirkan dapat keje tetap kat universiti awam ni so sayang la nak lepas keje kan. Keje susah plak nak dapat nak plak dapat keje tetap masa usia yang agak muda masa tu.

1) Cara nak apply program e-PJJ ni camne?
 
 Aku apply melalui laman web ined UiTM. Aku lupe nak cakap aku apply kos pentadbiran awam. Aku pilih kos ni sebab kos ni sesuai dengan kerja aku sekarang, maknanya kalau nak apply naik pangkat ke, kira sesuai la bab kata bos ngn senior aku masa tu. Aku ingat masa tu aku apply pastu aku kena hantar surat sokongan dari bos yang mengatakan aku dah ade pengalaman kerja setahun. Untuk korang nak tengok syarat-syarat kemasukan boleh bukak link laman web INED ni.

Ni untuk link syarat kemasukan ke program diploma:
https://ined.uitm.edu.my/index.php/admission/part-time-diploma-programmes

Ni untuk link syarat kemasukan ke program ijazah sarjana muda:
 https://ined.uitm.edu.my/index.php/admission/degree-list-of-programmes-offered
Kat sini korang boleh tengok secara details, kos ape yang korang nak, korang boleh check la subject keseluruhan kos tu. So korang boleh buat keputusan yang masa kos yang korang boleh bawak :) 

Yang penting, make sure kena check juga bila tarikh intake, bila tarikh tutup apply, dan bila tarikh keputusan keluar.

2) Yuran Pengajian mahal ke tak?

Yuran pengajian dia tak la sama macm full time, nama pun part time study kan, tapi setakat ni UiTM punya yuran lebih berpatutan daripada universiti lain. Yuran pengajian bergantung pada berapa subjek yang korang amik semester tu. Kalau sikit subjek korang amik, sikit la yuran korang bayar bergantung kepada berapa jam kredit setiap subjek. So average aku bayar every sem lebih kurang RM1,000 ke RM1,500 satu semester. Hujung-hujung nak abis study aku pulun amik subjek banyak sebab nak abis cepat. In shaa Allah kalau niat nak belajar duit tu selalu cukup je. Kat bawah ni aku attach jadual yuran dari web ined.



 3)  Cara belajar dan pensyarah camne?


Selalu orang tanya boleh ke belajar sambil bekerja ni, for me ok saja, hee, sebab yang penting bos dengan kawan 1 opis tau dan paham. Make sure assignment, tutorial yang pensyarah bagi tu kena siapkan la. Jangan sambil lewa sebab kelas sebulan 2 kali je tau. Kelas pun 6 atau 8 kali je 1 semester. Sebab kelas tak banyak kita kena usaha lebih la ulangkaji sendiri dan jangan risau pensyarah akan berkomunikasi dengan kita melalui I-Class. I-Class ni web untuk kita amik nota yang pensyarah ajar dan kat situ kita boleh la tanya soalan kalau ada yang kita tak paham. Setakat yang aku belajar dulu, pensyarah juga amik kira I-Class tu sebagai carrymarks. Kalau korang diam je takde tanya soalan alamatnya kosong la markah, so rugi la kan.

Dalam kelas pun aku rasa dulu banyak presentation, so bila present kat depan tu cepat la sikit ingat kan. Untuk test dan quiz tu biasa la kadang pensyarah bagitau dulu bila nak buat, kalau baik hati sikit pensyarah akan usaha la bagi assignment lebih untuk tambah carrymarks.

Pensyarah pada aku ok sangat sebab kalau kita student pjj ni, pensyarah lebih memahami sikit, pandai-pandai la interaksi dengan pensyarah kan sebab mereka pun faham, kot la tak dapat siapkan assignment on time :D 


4) Tips belajar untuk final exam

Rasa macam tak layak sangat nak cakap sebab pointer tak tinggi mane, haha. Rajin-rajinkan diri buat past year questions, kalau boleh 5 semester lepas. Soalan selalu ulang-ulang, mane tau ada rezeki da study dulu soalan tu kan senang nak jawab masa final :)

Kalau rajin lagi study group dengan classmates, yang ni mujarab sebabnya kadang da tepu nak study, balik keje penat, so aku dulu suka classmates aku bercerita, dorang cerita la balik ape topik dorang study tu, yang part ni cepat melekat dekat kepala aku daripada aku study sendiri. Kalau aku study sendiri lama-lama aku nampak katil dengan bantal je lebih, haha


Ok, setakat ni la dulu aku cerita kalau ada ape nak tanya boleh la komen kat bawah ye, In shaa Allah aku cuba balas secepat mungkin. bye :)














Comments

  1. Assalamualaikum kak. Saya nak tanya, apa kebaikan epjj ni? Slain kenaikan pngkat then apa lg? Klau koko pulak tak terlibat eh utk epjj? Konvo pulak mcmana? Skali dgn student full time?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik, kebaikan pjj ni mostly untuk ilmu la kan, naik pangkat yes kalau ade peluang nanti boleh apply, koko takde, intern takde, tak campur dengan student full time.

      Delete
  2. NURLIYANA IRDINA31 January 2018 at 00:28

    Assaalamualaikum kak. Saya liyana. Saya nak tanya, saya memang dah dapat untuk pjj degree. sebabkn tengah bekerja, saya nak tahu, waktu exam dia macammana ya kak? sebab ada nampak exam pada hari weekdays? betul ke? kalau kelas saya tahu setiap hari ahad sahaja kan? exam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. exam memang weekdays, macam akak cuti exam tu memang ade cuti khas, kelas ahad je, kalau lecturer ganti ade la sabtu mcm tu, depend kat lecturer, malam pun penah je kelas, hehe

      Delete
  3. Assalamualaikum akak. saya nak tanya, kalau pjj ni berapa tahun habis? biasa kalau full time 4tahun.

    ReplyDelete
  4. Yeap Liyana, Kelas mmg on Sunday saja, tapi Exam date tu nasibla harinya, kadang jatuh on weekdays, and Sabtu / Ahad

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak. nak tanya, biasanya utk pjj 1 sem ambil masa tempoh berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kelas dia temph sama je macam full time, cuma beza kelas kita sikit je

      Delete
  6. hi . boleh tak terangkan mcm mana nak paham jadual yg dia dah sediakan di portal ined tu . saya kurang jelas lah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape yang tak paham?so senang akak nak jelaskan

      Delete
  7. hi sis... best baca blog awak... hmm anyway sy student baru utk PJJ UiTM... tak dapat nk ckpla cemane.. awal2 ni dah stresss... stress bukan ape.. sbb x biasa lgi dgn iclass... format asgment sume then x kenal sape2 pun dlm class tu. rata2 tengok masing2 mcm hebat dlm group iclass tu buat sy rasa down... sy pulak jenis terkial2... member yg sama2 daftar minggu lepas awal2 dah tarik diri harini. Sy semakin la down. Sedih sgt... normal ke perasaan mcm ni.. debar2 je tkut x boleh catchup... sy ex student politeknik.. bila sambung degree kt uitm ni rasa mcm berbeza sgt2...then rasa mcm susah nk catchup style study E-Learning ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak, menda awal2 memang macam tu, badge saya pun ramai tarik diri, ade yg cuti pastu tak masuk2 da, ade yang tak daftar terus next sem, semua tu ujian kat kita suruh sabar, iclass assignment tu memang agak la nak2 kalau dapat lecturer yang suruh kita active dekat iclass, saya nasihat kena active sebab kat situ ade markah,

      Poli lain kan cara dia, be strong ye, in shaa Allah boleh, kena kuat semangat :)

      Delete
  8. assalamualaikum kak. Saya nak tanya, kat mana kita nak tengok jadual kita masa nak daftar subject supaya tak bertindih? and dia mcm ada bg jadual sminar. Yang 7 seminar atau 5 seminar. wajib pergi ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, 5 & 7 seminar tu memang wajib pergi, dia ikut subjek setahu akak, macam credit hour tinggi 7 seminar selalunya, dari jadual yang ade cuba tengok subjek yang awak amik tu.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak.

    Saya, inshaAllah sambung degree pjj bulan ni. Course finance. Saya nak tanya pendapat akak, okay tak kalau masa sem 1 kita add course yang sem 2 punya? sebab sem 1 mungkin subject tak tough lagi. kot. Ada pressure tak agak2 hahaha. Ini sambung pjj pun banyak bagi negative feedback hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik, better jangan add lagi, cari mood dulu, hehe, kalau adik add subjek sem 2 kang stress jenuh, sem satu selalu subjek senang so senang cgpa tinggi. tak payah layan dik negative feedback, kalau mengalah nanti separuh jalan.

      Delete
  10. Salam. Kak nak tanya. Memang kena kerja setahun ke? Sebab sekarang saya kerja tempat baru, baru je 4 bulan. Tempat kerja sebelum ni 1tahun setengah. Mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je dik, akak dulu bos buat surat kata keje setahun, hehe

      Delete
  11. Salam Sis,

    Saya ada baca yg sis komen, utk ePJJ xde intern and koko kan. Boleh sis terangkan dengan lebih lanjutmengenai intern tu?.. adakah intern tu depend pada course yg kita ambil atau memang semua course ePJJ xde intern?. Sbb saya ada baca Pelan Pengajian dekat portal, pada Semester ke9 nanti akan ada Industrial Training dan dinyatakan sebagai Kursus Utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya takde intern ke koko, sebab pelan saya da dari 2011 kan, kalau latest ni tak pasti, tapi kalau keje mane boleh buat intern ke koko, hehehe

      Delete
  12. Salam sis ,
    Saya lepasan spm . Saya sudah dapat kerja sebagai pt rintis which is kerja under kerajaan. Sya nk tnye macam mne sya nk dapatkan pengesahan dripada boss mcm sis yg mengatakan sudah bekerja selama 1 thun ? Sedangkan sya bru shaja bekerja untuk beberapa bulan dan ingin membuat pjj diploma pentadbiran awam . Adakah sya layak ? Tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, hai sorry lambat reply, sebenarnya depend on bos, kalau bos ok boleh buat surat tu adjust date ok je, uitm ni dia tak strict sangat. in shaa Allah lepas je

      Delete
  13. Salam, Sis
    Saya lepasan Spm dan tidak ada pengalaman langsung cara belajar di universiti manakan pulak ePJJ ni tetapi saya tekad demi kelangsungan hidup,kerjaya dan keluarga saya teruskan jugak, alhamdulillah saya diterima dan akan memulakan ePJJ atas kos pentadbiran awam pada sessi ambilan september 2018 ni. Persoalan saya apakah nasihat yang berguna dapat diberikan atas pengalaman sewaktu sis belajar epjj ni dan bagaimana nak score setiap subjek bermula dari sem 1 sehingga sem 8 kerana tiada pengalaman dalam perkara ini, kemudian dalam masa yang sama pembelajaran saya ini juga adalah di bawah tajaan MDAB dan saya perlu mengekalkan CGPA 3.00 ke atas setiap sem agar tajaan tersebut berkekalan sehingga tamat belajar . Saranan dan pendapat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasihat saya fokus sepeunuhnya pada sem 1 sbb cgpa akan berat bergantung pada gpa sem 1..cara pembelajaran kena rajin bt study group[, tanya lecturer soalan2 yg konpius, dan paling penting bt nota ringkas. Kuiz,test dan assignment pastikan dihantar on time sbb semua tu jgk akan membantu untuk dapat result yg baik.

      Delete
  14. adakah i class memerlukan kita mempunyai computer @ laptop sendiri dan bilakah masa yang diperuntukkan atau sesuai untuk pengunaannya kerana saya tidak mempunyai computer @ laptop peribadi (belum berkemampuan) selain menggunakan kemudahan di cyber cafe atau telefon bimbit, mohon pencerahan lanjut.......?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum sya nak tanya. Katakan sya dah apply sambung belajar melalui upu lepastu dalam tempoh tunggu sambung belajar tu sya dapat kerja..mcm mana ye?

    ReplyDelete
  16. Assalamulaikum sis, course yg saya ambik kos hr. 4 tahun 1/2, tapi saya nak habsikan degree cepat. lagi2 terikat dengan komitmen yang akan datang saya akan jadi isteri orang. sebab tu saya nak habis cepat. so apa pendapat sis ya ? masa mengandung still boleh belajar ke ?

    ReplyDelete
  17. Assalamulaikum sis... bila sye baca BLOG sis sy mcm minat je nk bt pjj..sye nk thu pjj ni ada had umur tak?

    ReplyDelete
  18. Hai..Sy nak tanya. Kalau dah smbung degree dalam 2 tahun tu,3 tahun lagi tu boleh ke ambik pjj?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Temuduga Eksesais Konstabel Polis Wanita 2013

Ujian Fizikal bagi Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)